Saturday, July 30, 2011

5 Rahsia Ramadhan

Dr Yusuf Qardhawi dalm kitabnya al-Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.


1. Menguatkan jiwa


Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu. Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.


Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya. Bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi.


Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Perkara ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabdiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia kepada kesesatan.


Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firmanNya bermaksud :
"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya." (Surah Al-Jaathiyah : 23)



Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai hawa nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga seala doanya dimakbulkan Allah.


Rasulullah s.a.w bersabda :
"Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka : Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi." (Hadith Riwayat At-Tirmizi)


2. Mendidik keinginan ke arah kebaikan


Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.


Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran.


Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud : "Puasa itu sebagai benteng." (daripada serangan keburukan)


Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohai unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan melupakan diri, meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi.


Kekuatan rohani juga akan membuat seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.


3. Menyihatkan badan


Di samping kesihatn dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif berupa kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w, malah dibuktikan oleh doktor atau ahli perubatan.


4. Mengenal nilai keknikmatan dan bersyukur.


Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan oleh Allah kepada manusia, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat keran menginginkan tiga dan begitulah seterusnya.


Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diperoleh, malah diminta merenugn nikmat Allah kepada kita.



Di sini, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita mnejadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah. Rasa syukur memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya.


Allah berfirman bermaksud :
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kami mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih." (Surah Ibrahim : 7)


5. Mengingati dan merasakan penderitaan 0rang lain.


Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaiman beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir.


Dari sini puasa akan melahirkan dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan menderita.


Oleh itu, sebagai simbol daripada rasa simpati itu, sebelum Ramadhan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Hal ini supaya dengan itu setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita. Bahkan, zakat tidak hanya abgi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir.


Allah berfirman bermaksud :
"Ambillah zakat daripada sebahagian harta merekan dengan zakat itu, kamu membersih dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
(Surah At-Taubah : 103)



[manhaj ramadhan]

Ramadhan Yang Dirindui Kini Kembali

Ramadhan Kareem..itulah ucapan bahasa Arab yang diungkap pak-pak Arab bila bersua sesiapa sahaja bila menjelang Ramadhan. Atau ada juga dengan ucapan dalam bahasa mereka mengatakan "mabruk Ramadhan". Ajaibnya dalam bulan Ramadhan ini ungkapan-ungkapan tersebut bukan hanya orang Islam sahaja yang mengungkapnya, malah orang-orang Arab yang non-muslim pun melayan sama. Ramadhan dirasakan sangat dinantikan kehadirannya.

Orang sekarang kata semenjak dua menjak, kebelakangan ini barulah orang kita "mengerti" untuk berucap selamat bagi menyambut Ramadhanterutama sekali dengan menggunakan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Bila tahu sahaja esok akan berpuasa maka penuhlah SMS malam tersebut. Ramadhan telah menggamit kalbu, naluri, jiwa dan lubuk hati yang pernah tersentuh dan disentuh Sang Ramadhan. Tidak lain dan tidak bukan kerana datangnya dengan beberapa keistimewaanRamadhan. RAMADHAN hadirmu kami nanti pergimu kami tangisi.

PUASA RAMADHAN

Perkara pertama terlintas dalam benak tentang Ramadhan ialah PUASA. Dilakukan pada satu bulan khusus dalam taqwim umat Islam Tahun Hijrah. Namanya bulan Ramadhan. Para ulama pula telah bertungkus lumus malah bersepakat dalam menyusun dan membahaskan ilmu berkenaan ShahruRamadhan dan aktiviti puasa demi kemaslahatan umat. Lalu dengan limpah kurnia Allah jadilah puasa bukan hanya sebagai aktivit kosong dan sia-sia bahkan menjadi satu hukum. Praktis berpuasa merupakan satu ibadat. Nah inilah yang merupakan satu nikmat yang tidak terhitung kebaikannya pada umat Islam.

ILMU PUASA DAN ILMU TENTANG RAMADHAN

Puasa mesti dilakukan dan dihayati dengan ilmu. Secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri.. Dari segi istilah syarak bermaksud menahan diri daripada lapar dan dahaga dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Itulah takrif puasa yang masyhur. Walau berapa kali kita jalani ibadah ini, itulah takrifannya yang tidak pernah dan tidak akan berubah. Hukum berpuasa merupakan syariat tertua di atas muka bumi. Puasa adalah HUKUM ALLAH. HUKUM ALLAH akan terbukti melalui dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadis. Banyak penjelasan berkenaan Bulan Ramadhan.Hukum puasa pasti akan segandingan dengan pengetahuan tentang BulanRamadhan. Cuma persoalannya sejauh mana ilmu puasa dan Ramadhan ini benar-benar akan menjadikan Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik dalam hayat kita yang masih dikandung badan. Mungkin kali ini kita di pilih Allah untuk diberi pengetahuan dalam menambah baik kualiti Ramadhankita. Puasa sebagai ibadat utama itu sendiri harus dihayati dalam dua bentuk. Puasa syariat dan puasa ruhaniyat (kerohanian).


[manhaj ramadhan]

Tuesday, July 12, 2011

Ekzema...... :(

Ekzema atopik adalah sejenis penyakit kulit akibat tindak balas hipersensitif yang menyebabkan radang, gatal-gatal, kulit kering dan bersisik.

Pakar Dermatologi, Jabatan Perubatan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Prof. Madya Dr. Mokhtar Nor berkata, penghidap ekzema tidak terkecuali mengalami tekanan perasaan dan gangguan emosi akibat masalah kulit yang keterlaluan ini.

Menurut beliau, penyakit yang berlaku pada pelbagai peringkat umur ini lebih kerap terjadi di kalangan kanak-kanak yang berusia kurang dua tahun.

"Biasanya, bayi yang menghidap penyakit ini berumur antara enam hingga dua tahun,'' katanya.

Bayi yang menghidap ekzema akan menanggung kesengsaraan seperti rasa gatal yang berlebihan, pedih dan berasa resah.

Bagi kanak-kanak pula, biasanya ekzema membabitkan bahagian lutut, pelipat, siku, atas punggung, buku lali dan di belakang telinga.

Pada peringkat bayi, biasanya masalah ini lebih kerap berlaku pada muka dan kulit kepala.

Namun, apabila kanak-kanak ini berusia 18 bulan, ekzema ini lebih ketara pada bahagian pelipat siku dan belakang lutut.

Ekzema berasal dari perkataan Greek - boiling - merujuk kepada lepuhan yang wujud di peringkat awal pada sejenis penyakit kulit yang gatal.

Penghidap ekzema atau juga dikenali sebagai ekzema atopik ini dipengaruhi penyakit genetik seperti asma dan resdung (rhinitis) yang diwarisi daripada ibu bapa mereka.

Menurut Dr. Mokhtar, statistik menunjukkan satu hingga 30 peratus individu di negara ini menghidap penyakit ini sama seperti di United Kingdom. Bagaimanapun, insiden ini kurang pada kanak-kanak dan orang dewasa.

"Kajian mendapati, seorang dalam setiap enam kanak-kanak dan seorang dalam 10 orang dewasa menghidap ekzema,'' katanya.

Di Amerika Syarikat tiga peratus penduduknya menghadapi masalah ini, manakala 10 peratus terdiri daripada bayi. Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan atau memburukkan ekzema.

Ini termasuklah perubahan cuaca, tekanan emosi, hama, alahan terhadap sesetengah makanan atau perubahan cuaca yang cukup ketara.

Sehubungan itu, jika dilihat pada faktor ini ekzema lebih ketara di kalangan kanak-kanak. Tambah beliau, sesetengah individu mempercayai makanan tertentu boleh mencetuskan serangan ekzema.

Justeru, dengan mengelakkan pengambilan makanan tersebut dipercayai dapat mengurangkan serangan ekzema.

"Bagaimanapun, dengan menghindarkan sesetengah makanan yang mencetuskan ekzema ini tidak memberi jaminan bahawa masalah ini dapat disembuhkan dalam jangka masa panjang,'' katanya.

Meskipun penyakit ini tidak dapat disembuhkan, pelbagai rawatan boleh digunakan untuk mengurangkan gejala-gejala yang tidak menyenangkan.

"Biasanya, ekzema ini menunjukkan perubahan positif yang cukup ketara apabila kanak-kanak ini mencecah usia lima tahun,'' jelasnya.

Malah, sebahagian besar akan sembuh apabila sampai peringkat remaja. Hanya lima peratus penghidap penyakit ini akan berterusan hingga peringkat dewasa.

TANDA- TANDA

Tanda-tanda utama seseorang menghidap penyakit ini ialah rasa gatal.

Selain itu, lain-lain tanda yang dicirikan dengan penyakit ini termasuklah:

* Mengelupas

* Bersisik

* Kemerah-merahan

* Kulit yang kering

* Penebalan kulit

* Ada kalanya lepuhan juga terbentuk

Ekzema pada bayi lebih kerap berlaku pada kepala, muka dan tangan, manakala pada orang dewasa dan kanak-kanak di belakang lutut dan pelipat siku.

RAWATAN

Pesakit akan dimaklumkan bahawa penyakit ini tidak boleh disembuhkan, tetapi boleh dikawal. Malah dalam keadaan tertentu, ia akan pulih dengan sendiri apabila pesakit meningkat dewasa.

Pada masa yang sama, pesakit juga dinasihatkan supaya tidak menggunakan sabun biasa, sebaliknya menggunakan sabun yang mengandungi bahan pelembap (emollients). Ini kerana, sabun biasa akan mengakibatkan kulit menjadi lebih kering, bertambah gatal dan rosak

* Ubat histamine (ubat menghilang rasa gatal) akan diberi kepada pesakit untuk mengelakkan pesakit menggaru.

* Sebaik-baiknya ubat ini diambil pada waktu malam kerana ia menyebabkan pesakit mengantuk.

Jika pesakit mendapat jangkitan sekunder, mereka akan diberi antibiotik.

Ubat ini perlu diambil dalam sukatan yang betul, sekurang-kurangnya selama satu minggu.

*Penggunaan ubat sapu (topikal steroid)

Kekuatan ubat yang digunakan ini bergantung kepada tahap keseriusan dan umur kanak-kanak yang terlibat.

Ini kerana, penggunaan ubat topikal steroid yang kuat iaitu yang tidak sesuai dengan kanak-kanak boleh menyebabkan kerosakan pada kulit.

Sehubungan itu, pastikan ia diambil sesuai dengan peringkat umur pesakit.

Sebaik-baiknya, elakkan mengambil ubat-ubatan yang dimakan kerana ia mempunyai kesan sampingan kepada pesakit.

Bagi kes-kes yang serius, ubat-ubatan seperti steroid, sitotoksik (azathioprine) dan phote kemoterapi (PUVA) boleh digunakan.

Dalam merawat masalah ekzema, mengurangkan jangkitan merupakan perkara yang paling utama. Ini kerana, bakteria lebih mudah membiak pada kulit mereka yang menghidap masalah ini.

Jangkitan bakteria seperti staphylococcus dan streptoccocus adalah jenis yang sering berlaku dan menyebabkan ekzema seseorang penghidap menjadi lebih serius.

Virus herpes simplex yang biasanya menyebabkan kayap bunga juga boleh menyebabkan ekzema seseorang bertambah teruk. Sehubungan itu, ubat-ubatan antibiotik dan ubat-ubat antiviral ada kalanya perlu diberi semasa rawatan.

KOMPLIKASI

* Ketahanan tubuh menjadi rendah, menyebabkan seseorang mudah diserang penyakit.

* Paling bahaya apabila dapat herpes simplex (kayap bunga).

* Jangkitan serius yang dibiarkan tanpa rawatan boleh mengakibatkan kematian.

* Apabila kulit kering dan digaru, seseorang boleh mendapat jangkitan sekunder - jangkitan kuman.

Sehubungan itu, elakkan mengguna sabun mandi biasa dan kulit tidak digaru bagi mengelakkan kulit kering.

Penyakit ini boleh menjejaskan keseluruhan hidup penghidapnya seperti hubungan persahabatan, kerjaya dan waktu tidur.

* Hanya sebahagian kecil pesakit saja yang alah pada telur dan bahan pengawet yang mengakibatkan keadaan mereka menjadi lebih serius.

Sehubungan itu, jangan mudah menghalang anak-anak daripada memakan makanan tertentu sebelum benar-benar pasti yang mereka alah pada makanan tersebut.

PANDUAN

* Pastikan anda tidak terdedah dengan bahan yang boleh memedihkan kulit.

* Sesetengah bahan seperti pembersih rumah, sabun, losen selepas bercukur, sabun mandi, gaslin, turpentin dan lain-lain solvent boleh menimbulkan rasa pedih pada kulit.

* Pakai sarung tangan untuk melindungi kulit apabila anda melakukan sesuatu. Gunakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau campuran daripadanya.

* Elakkan mengguna sabun mandi biasa kerana ia boleh menyebabkan kulit bertambah kering. Elakkan menggaru bahagian yang gatal kerana ia boleh merosakkan kulit dan mudah dijangkiti kuman.

* Elakkan memakan makanan tertentu dan makanan yang mengandungi bahan awet jika alah pada bahan atau makanan tersebut. Banyakkan mengguna bahan pelembap kulit dan jangan biarkan kulit kering. Cepat berjumpa doktor dan jangan biarkan keadaan bertambah teruk.

* Pengambilan Evening Primrose Oil (EPO) dapat membantu sebahagian pesakit yang berada di tahap serius.

--->>> tak dpt sembuh...?! huhuhu....... sekrg bnda nie mkin teruk,tiap mlm sakit,tk dpt nk than, tak tau nk kawl mcm lg... huhuhu......  :( Saya tk ambl EPO ni tpi sya ambl vitmn E biasa je.... mna nk dpt EPO nie...???